Friday, December 28, 2012

- 2012 ialah tahun yang biasa-biasa saje bagi gua..

- tahun ni gua masih memegang jawatan kutu secara steady dan tenang..

- tahun ni juga gua jatuh cinta,putus cinta,jatuh cinta,putus cinta dan jatuh cinta kembali.

- tahun ni level kepuakaan gua biasa-biasa saje,benda paling puaka gua pernah buat tahun ni pon setakat baling batu kat penampal poster ceramah parti keadilan je..

- gua masih bankrap pada kadar yang serius tahun ini.

- seperti tahun-tahun yang lepas,azam berhenti merokok gua masih tidak berjaya ditunaikan dan akan dibawa ke tahun hadapan..

- hubungan dengan family masih di tahap yang mesra dan tidak sampai kepada scene curah-curah asid atau tikam-tikam perut sesama family.

- jadi sempena tahun baru yang akan menjelang tak sampai beberapa hari lagi,gua akan sertakan azam gua pada tahun hadapan.

- azam baru gua ialah tanggungjawab gua sendiri.

- gua berhak menukar atau menunda azam gua pada tahun seterusnya tanpa memberitahu terlebih dahulu.

- segala kelewatan menunaikan azam tidak akan dibayar ganti rugi.

- azam-azam tersebut ialah :

-berhenti merokok
-menjadi pakwe yang lebih steady
-menjadi seorang puaka yang bertoleransi
-memegang jawatan penting seperti pemungut cukai dan penjual laser
-tidak terpengaruh dengan dunia mainstream
-memukul siapa-siapa saje yang bernama azam
-jadi seorang yang tahan maki dengan lecturer muka setan
-jangan mudah sentap dengan awek awek perli
-jadi seorang macam abang abang
-rambut macam zayn malik
-kentut kene cover dan berwaspada
-kencing sambil duduk
-cukur bulu bawah tapak kaki. Kahkahkah
-tak pau budak junior untuk isi minyak kereta
-hadir sesi kokurikulum
-tak intai asrama perempuan
-tak tgk awek body solid lebih daripada 5 saat
-seluar paras dada
-tak kencing melalui tingkap asrama
-Okay cukup lah cilaka.

p halalkan hutang s tahun lepas : harap-harap semua kedai gunting rambut tutup sepanjang tahun depan..

No comments:

Post a Comment