Friday, December 28, 2012

Dengan gua sekali ponteng semayang jumaat !

Heyy cilakers. Salam jumaat sekalian.

Tadi pagi sebelum tengah hari Ajak singgah lagi ke rumah gua buat jadah apa gua tarak tahu. Salam pendahulu diberikan.. "Assalamualaikum.. tak jawab dosa..jawab suka." Ajak memberi salam dari muka pintu yang dah ke berapa kali nya entohh gua tendang sebab rosak. Gua ketika itu tengah bersiap siap nak ke masjid semayang jumaat, Mandi junub setel , bercukur pun dah setel baru nampak REBEL ! , Kain pelikat abang gua dah gua sarung dan ikat kemas kemas di pinggang. Pada mulanya gua ingat nak pakai baju melayu tapi hati gua ketika itu telah buat rumusan " Kalau pakai baju melayu nanti panas , berpeluh , masam , tengik dan sebagainya.. Dan gua membuat keputusan untuk memakai baju tshirt ala ala kpop , Baru nampak REBEL sebagai pemuda harapan bangsa !

"Assalamualaikum.. Tak jawab dosa .. jawab suka" Ajak memberi salam kali kedua dari muka pintu. Ajak ni member gua dari kecik , tnggal dekat je dengan rumah gua ni. Jiran katanya.. "Assalamualaikum.. Tak jawab dosa.. jawab suka" Ajak memberi salam ketiga dengan nada yang lebih serious kali ni , naik marah agaknya. Gua boleh dengar suara Ajak dari dalam rumah lagi tapi gua sengaja malas nak bukak pintu. kahkahkah. "Assalamualaikum.. Tak jawab dosa.. jawab sukaa" sekali lagi si cilaka ni memberi salam dengan nada yang lebih nyaring dan menyentap hati. kahkahkah.. Dan gua bergegas ke pintu sambil hati rebel gua berkata " Natang cilaka ni tak tentu hala menyinggah ke rumah orang waktu waktu cenggini, cembuduh je." Gua pergi buka pintu. "yelaa yelaa Waalaikumussalam , Masuk!" gua lantas berkata. Ajak terkejut seperti biawak kene jerkah. Seketika kemudian dia tersengih kerang di depan pintu rumah gua. Ajak melangkah masuk ke dalam rumah gua. " Lama aku tak singgah ke rumah engko ni setan " ujar Ajak. " Aku siap pakai selipar jepun kite terus lah ke masjid ya" Ujar gua sambil menyarung selipar jepun kepunyaan gua. " Okay aku dah siap pakai jum lekas ke masjid nanti habis pulak pisang kat tangga di rembat budak budak cilaka" Ujar gua lagi..Ajak geleng kepala beberapa belas kali. " Setan kau ni , baik tak payah pelawa aku masuk rumah kalau macam ni punya sekejap.. " Ajak nampak tak puas hati macam budak kecik baru lepas kene kerat kote 13 kali.kahkahkah.

Dalam perjalan ke masjid , Ajak bersuara " Alamak weii.. aku baru teringat ni" Kata Ajak sambil pandang gua dengan muka serba salah seperti babi dirogol ayam.
"Apa dia pulak ni cilaka ? " Tanya gua pendek. Gua berasa kuatir tahap cikedis. " Aku rasa aku tak suci la harini bro" jawab Ajak selamba badaknya. Gua cepat cepat tekan brek kereta gua dengan tergesa gesa bagai ada roadblock kat depan sana. Gua pandang Ajak sambil geleng geleng kepala 14 kali. " Kau tak mandi wajib ? lancap ? " Ajak mengangguk sambil sengih kerang. " Bangang kau ni cilaka , aku baru nak jadi baik sikit". Ujar gua dengan nada tak puas hati. Pada mulanya gua ingt nak teruskan perjalanan ke masjid , di trafic light hati gua berfikir sejenak , " Kalau pergi makan ikan celup tepung time gini mesti tak ramai orang , syok ni.. Di simpang empat gua menukar arah daripada nak ke masjid ke warung tepi pantai. kahkahkah.

No comments:

Post a Comment