Monday, January 7, 2013

Stop smoking ahmad putra !

Dalam banyak-banyak malam akan datang satu malam yang buat kita berfikir panjang. Malam yang deep begini biasanya datang tiba-tiba dan selalunya muncul dengan iringan muzik. Tak kira la muzik dari tivi,radio,laptop atau daripada mulut sendiri sekalipon.

Malam tadi gua berfikir tentang rokok dan kehidupan. Kalau nak diikutkan dah lama benor gua bergelumang dengan nikotin dan asap. Kalau nak kira-kira balik mungkin kandungan badan gua ni pon 80% daripadanya ialah asap..

Bab duit jangan cakapla,kalau pikir-pikir balik rasa nak menitik air mata pon ada. Kalau kumpul-kumpul mungkin gua sekarang ni dah mampu berbini,empat. Tapi orang kabor tak elok kenang benda dah lepas,orang gila je selalu cerita pasal benda dah lepas ni ye dak?

Jadi bertolak daripada isu ini,gua akan jalankan satu misi. Misi ni gua gelarkan "misi u can't run,u can't hide but u can stop"..Kah Kah Kah..genius jugak gua letak nama misi gua ni..Misi ni akan memberikan faedah kepada gua kalau gua serius dengan sebaik mungkin.

Proses pertama dalam misi ini ialah membeli 4 batang rokok sahaja setiap hari selama 2 minggu. Dua batang hisap lepas makan,sebatang untuk menunaikan hajat dan sebatang lagi untuk kecemasan dan mengagumkan budak-budak.

Kalau gua berjaya,minggu ke tiga gua akan beli pulak 3 batang rokok setiap hari selama 2 minggu. Hisap 3 batang rokok sehari memang tak pernah dibuat dek gua tapi gua cuba,gua cuba. Kalau gua berjaya tempuh 2 minggu ni,minggu ke 5 gua akan beli 2 batang rokok sahaja sehari selama seminggu.

Selepas habis minggu ke 5,gua akan beli sebatang rokok sahaja sehari selama yang gua yakin gua steady. Gua syak makan seminggu dua jugak kot nak kasi gua steady. Dan proses terakhir ialah proses bertenang.

Tapi gua sedar misi gua ni banyak halangan terutamanya dari puaka-puaka yang lain. Brader Chacha sendiri awal-awal dah sound yang dia kata kalau ayat berhenti merokok ni keluar dari mulut orang lain mungkin dia akan percaya tapi bukan dari mulut puaka nikotin macam gua..Takpe,lu tunggu Cha,lu tunggu!!

Gua harap dalam jangkamasa 7-8 minggu sekarang gua dah boleh berlagak dan keluarkan skrip,"abang tak hisap rokok dik" pada makwe-makwe yang melintas depan gua. Gua juga harap misi ini akan mempercepatkan jodoh dan juga rezeki.

Tapi gua awal-awal nak cakap,gua ni puaka biasa je,kalau 8 minggu dari sekarang lu orang tengok asap berkepul-kepul lagi keluar dari mulut gua lu halalkan je la entri gua ni. Tak payah nak berkira sangat dengan gua la.



Gua harap gua akan selalu berada dalam lindungan Tuhan sepanjang gua menjayakan misi ini. Gua juga berharap gua akan steady-steady selalu dan tidak rabak. Kalau rabak benda ni memang akan kacau misi gua..Wish me luck and happy setan.

No comments:

Post a Comment