Thursday, January 10, 2013

Surfing jadah apa setan !

Itu hari, ada seorang kutu mempelawa gua pergi melepak dengan golongan baru. Golongan yang tidak pernah lagi gua bercampur gaul apetah lagi bertepuk bahu. Golongan yang tidak lain tidak bukan ialah golongan Surfing. Walaupun rumah gua berdekatan dengan pantai, gua tidaklah menanamkan perasaan minat kepada aktiviti bukan-bukan yang dianggap sejenis sukan ini.

Oleh kerana tidak mahu dianggap sombong, tidak mahu bermasyarakat apetah lagi tidak berpersatuan, gua menerima pelawaan itu dengan hati separuh terbuka. Seperti dijangka, aktiviti melepak dipenuhi dengan sembang dan hikayat mengenai surfing. Gua order nescafe ais dan bersedia mengangguk kepala.Kalau engko orang nak tahu surfing jenis sukan atas laut . Yang main main dengan ombak ombak tu. Harap maklum.

Salah seorang dari mereka sibuk bercerita tentang dia pernah surfing di atas ombak 5 kaki. Yang tidak mahu kalah,sembang nak gempak je, sibuk bercerita tentang ombak 10 kaki dan laut Australia , ombak dalam baldi rumah , ombak legoland lah. Gua mendengus kecelakaan. Yang mana masih mahu mengekalkan ego bercerita tentang pernah surfing di atas tsunami , atas bumbung rumah , dalam longkang pun ada . Gua mendengus kali kedua belas kalinya.

Seorang brader berambut dreadlock berdiri di atas kerusi sambil menayangkan skill surfingnya. Budak-budak yang baru nak up masing-masing bertepuk tangan melihat aksi surfing brader tersebut. "Mentah.", bisik gua dalam hati. Tak perlulah nak over bebenor cenggitu der. Orang duk nengok je engko ni. Jerit hati rebel gua gitu.

Turun sahaja daripada kerusi, brader tersebut mengajukan pertanyaan kepada gua. "Lu pulak selalu surfing kat mana?". Gua senyum sambil angkat kepala. Haramm -.-

"Kadang-kadang kat CC bang,kadang kadang dekat UiTM , kadang kadang dalam blackbbery bang tapi paling selalu kat rumah la sebab ada pakai broadband". Kahkahkahkah.

Semua kutu terus tukar topik sembang benda lain pulak.

Gila apa gua mana pernah minat sukan sukan gitu. Mentah bebenor -.-

No comments:

Post a Comment